My Best Group

Just another k1h09xwleow-ppc.blogs.smjk.edu.my blog

Siberia amat kaya dengan galian dan mempunyai bijih-bijih untu hampir semua logam yang bernilai dari segi ekonomi — sebahagian besarnya kerana ketiadaan glasieran kuaterner di luar kawasan-kawasan tanah tinggi. Siberia mempunyai sesetengah daripada mendapan-mendapan nikel, emas, plumbum, molibdenum, intan, perak, dan zink yang terbesar di dunia, serta juga sumber-sumber minyak dan gas asli yang amat besar yang masih belum dieksploitasikan. Kebanyakan ini terletak di bahagian timur yang sejuk dan terpencil, dengan akibat bahawa pelombongannya terbukti susah dan hanya bermula pada skala yang besar selepas Stalin bangkit untuk berkuasa dan mengembangkan kem-kem buruh paksa untuk mengatasi kesusahan menarik buruh-buruh ke iklim yang tidak menyenangkan.

Pertanian amat tersekat oleh musim tumbuh yang pendek di kebanyakan kawasan. Bagaimanapun, di kawasan barat daya yang mempunyai tanih hitam yang terlalu subur serta iklim yang sedikit lebih sederhana, terdapat penanaman gandum, barli, rai, dan ubi kentang yang luas, bersama-sama dengan penternakan sebilangan besar biri-biri dan lembu. Disebabkan oleh tanih-tanih podzol yang tidak subur dan musim tumbuh yang terlalu pendek, pengeluaran makanan dihadkan kepada penggembalaan rusa salji di kawasan tundra, suatu gaya hidup yang telah diamalkan oleh orang-orang asli sejak melebih sepuluh ribu tahun dahulu.

Siberia mempunyai hutan-hutan yang terbesar di dunia. Kayu balak masih merupakan sumber hasil yang penting, walaupun banyak hutan di timur telah dibalak jauh lebih cepat daripada pemulihannya. Laut Okhotsk ialah salah satu daripada dua atau tiga kawasan perikanan yang terkaya di dunia kerana arus dinginnya dan julat pasang surut yang terlalu besar. Oleh itu, Siberia menghasilkan melebihi 10% daripada tangkapan ikan tahunan di dunia, walaupun industri perikanan telah mengalami setakat kemerosotan sejak kejatuhan Kesatuan Soviet.

Sektor perindustrian yang diperkembangkan hanya kerana industri-industri di Rusia Barat yang membantu Perang Dunia IImenghadapi ancaman tentera Nazi, telah merosot dengan ketara sejak kejatuhan Kesatuan Soviet. Pada suatu ketika, terdapat kilang-kilang yang besar di Siberia Barat serta juga banyak kilang di sekeliling Tasik Baikal, tetapi kesemua ini telah tutup sejak kejatuhan Kesatuan Soviet.

Posted in Kegiatan ekonomi | 1 Comment »