Iklim Siberia berbeza-beza secara dramatik, dengan pantai utara Bulatan Artik mengalami musim panas yang amat pendek selama kira-kira sebulan.
Hampir semua penduduk tinggal di kawasan selatan di sepanjang Landasan Keretapi Rentas Siberia. Iklim di sini adalah subartik kebenuaan, dengan suhu purata tahunan sebanyak kira-kira 0°C (32°F) dan kira-kira −15°C (-5 F) pada puratanya dalam bulan Januari serta +20°C (68°F) dalam bulan Julai. Dengan musim tumbuh yang boleh diharap, banyak sinaran matahari dan tanih cernozempertanian yang menguntungkan, seperti dibuktikan pada awal abad ke-20. yang amat subur, Siberia Selatan memadai untuk
Angin-angin barat daya di Siberia Selatan membawa udara hangat dari Asia Tengah dan Timur Tengah. Iklim Siberia Barat (Omsk, Novosibirsk) adalah beberapa darjah lebih hangat daripada iklim di Timur (Irkutsk, Chita). Dengan suhu tercatat yang paling rendah sebanyak -71.2°C (-96.1 F), Oymyakon (Republik Sakha) merupakan bandar yang paling sejuk di Bumi. Walaupun demikian, suhu musim panas di berbagai-bagai kawasan di sini mencapai +36…+38°C. Secara amnya, Sakha ialah kawasan Siberia yang tersejuk, dengan lembangan Sungai Yana mempunyai suhu-suhu yang paling rendah, serta ibun abadi yang mencapai 1,493 meter (4,900 kaki) tingginya. Bagi para perancang penempatan Empayar Rusia, kesejukan di sini tidak pernah dilihatkan sebagai suatu persoalan. Pada musim sejuk, Siberia Selatan berkedudukan di pusat Tekanan tinggi Siberia separa tetap dan oleh itu, angin-anginnya biasanya lembut ketika itu.
Hujan di Siberia umumnya sedikit dan melebihi 500 mm (20 inci) hanya di Kamchatka yang mendapat angin lembap yang mengalir dari Laut Okhotsk ke gunung-gunung tinggi — menghasilkan glasier-glasier utama yang tunggal di kawasan ini — dan di kebanyakan kawasan Primorye di hujung yang paling selatan yang pengaruh monsun boleh menghasilkan hujan musim panas yang agak lebat. Walaupun kawasan ini terkenal kerana terlalu sejuk, jumlah salji yang turun umumnya adalah terlalu sedikit, khususnya di bahagian timur kawasan ini.
Posted in Iklim | 2 Comments »
Dalam bidang geografi, kawasan bermusim atau kawasan beriklim sederhana meliputi kawasan sederhana sejuk dan panas yang lebih luas di hemisfera utara daripada hemisfera selatan.
Terdapat beberapa jenis iklim di kawasan bermusim:
Posted in Iklim | 3 Comments »
Iklim (Bahasa Inggeris: climate) pada umumnya dikira sebagai keadaan cuaca yang diperolehi dalam sesuatu jangkamasa yang panjang, biasanya 30 tahun. Pada tanggapan moden, konsep iklim juga merangkumi statistik mengenai cuaca – umpamanya perbezaan suhu setiap hari ataupun perbezaan suhu tahun demi tahun.
Takrif iklim mengikut Panel Antarabangsa Mengenai Perubahan Iklim (The Intergovernmental Panel on Climate Change) (IPCC) adalah:
- Iklim boleh ditakrifkan sebagai “cuaca secara purata”, atau lebih tepat lagi, iklim boleh diertikan sebagai keterangan statistikal mengenai purata dan perubahan kuantiti-kuantiti relevan dalam suatu jangkamasa beberapa bulan hinggalah ke ribuan ataupun jutaan tahun. Tempoh klasik adalah 30 tahun, yang ditetapkan oleh Badan Kajicuaca Sedunia (World Meteorological Organization). Kuantiti-kuantiti ini terdiri dari suhu, hujan dan angin. Iklim secara lebih meluas, adalah keterangan statistik mengenai sesuatu sistem cuaca.
Posted in Iklim | 11 Comments »
Empat musim
Kawasan bermusim seperti Britain, Kanada, Rusia, Itali, Jepun dan New Zealand mempunyai empat musim yang nyata dan tumbuh-tumbuhan asal yang berbeza.
Musim-musim ini membawa perubahan kapada cuaca, kehidupan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan, aktiviti manusia, dalam bidang pertanian, dan kegiatan harian.
- Pada musim bunga, pokok mengeluarkan daun dan bunga.
- Pada musim luruh, pokok menggugurkan daunnya, juga merupakan “musim memungut”.
- Pada musim panas pula cuaca sangat panas, pada waktu siang panjang dan aktiviti manusia amat giat.
- Pada musim dingin/sejuk wktu siang adalah pendek, cuaca semakin sejuk, salji turun dan sungai beku.
Posted in Iklim | 2 Comments »